SEJARAH USB

Pemacu kilat USB dipercayai mula dicipta sekitar tahun 1998 hingga tahun 2000. Banyak syarikat yang mendakwa sebagai pencipta pemacu kilat USB, dan isu ini sering menjadi pertikaian sehingga ada kalanya membawa kepada kes mahkamah kerana masing-masing mendakwa memiliki sijil paten bagi peranti ciptaan mereka.Trek Technologies yang berpangkalan di Singapura mendakwa sebagai pencipta asal ThumbDrive yang mula dipasarkan pada tahun 2000. Syarikat lain seperti M-Systems dan Lexar juga mendakwa menjadi pencipta pemacu kilat USB, maka Trek membawa kes tersebut ke mahmamah di Singapura. Hasilnya, Mahkamah Rayuan Singapura mengesahkan kesahihan sijil paten ThumbDrive oleh Trek Technologies dan memerintahkan syarikat-syarikat lain untuk menghentikan penjualan produk mereka. Walau bagaimanapun, semakin banyak syarikat yang mula mengeluarkan pemacu kilat USB.Mulai tahun 2003, pemacu kilat terkini menggunakan sambungan USB 2.0 yang lebih pantas tetapi kadar pemindahan data maksimum hanyalah sekitar 10 – 25 Mbps, berbeza dengan keupayaan maksimum sambungan USB 2.0 yang membolehkan pemindahan data sehingga 480 Mbps. Hal ini terjadi kerana limitasi pada cip memori kilat.Pemacu kilat turut menjadi “ikon fesyen” apabila terdapat syarikat yang mengeluarkan pemacu kilat dalam pelbagai bentuk yang menarik, malah ada pengeluar yang turut menawarkan aksesori bagi pemacu kilat keluaran mereka untuk tujuan fesyen, misalnya PenSkinz oleh syarikat PenDrive Malaysia Sdn. Bhd.

Tinggalkan komentar

Belum ada komentar.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s